jom ikut :

Wednesday, December 19, 2012

tak kenal maka tak cinta

بسم الله الرحمن الرحيم


sekarang ni dah masuk study week... diam tak diam... kurang dari 2 minggu... lebih kurang lagi 12 hari... major, semua kuliah dirasat al-azhar akan mula menjalani imtihan fasa pertama pada 29 Dec 2012...
 
 fasa ni aku hanya ada satu paper je... pada 6 Jan 2013 nanti... tapi kena baca 2 kitab... 'ala kulli hal... insyAllah khair...

seperti biasa... macam tahun2 sebelum ni... sambut new year dengan kitab2 terchenta... weeee... i loike...



sekarang ni aku rasa dah jatuh cinta dengan 'adab & balaghah'... sebaaaaaabbb...
aku suka je subjek ni sebenarnya... tapi bila aku tak faham... secara tak langsung dia beri efek (tak ingat eja macam mana) pada hati aku dan membuatkan hati aku jadi tak tenang dan risau terlampau... dan natijahnya... aku repeat paper ni lagi... tahun 3 untuk kali ketiga aku repeat dan tahun 4 untuk kali kedua aku repeat... alhamdulillah... dulu main2... aku harap tahun ni aku lebih serius untuk subjek ni...

aku jatuh cinta... sebab aku dah mula faham apa itu adab... dah mula nampak keseronokannya... seronok sebenarnya bila kita belajar dan kita faham... tu yang buat semangat nak baca... cuba kalau tak faham... memang aku tak boleh paksa diri aku... last2 aku stress... masuk exam... tenung je kertas soalan tu sampai terbakar... nak nangis... tak guna dah... salah sendiri... terimalah padahnya... pernah terdetik dalam hati masa dalam exam hall dapat kertas soalan... " arghhh aku tak faham la dia tanya apa ni...dah la aku  tak baca...nak kua la" tapi bila aku ingat ayah dan ibu aku... aku kuatkan juga hati walau aku dah tau apa yang aku jawab... memang merapu habis... merapu mende nye... putih je kertas tu aku tengok...

sepanjang 5 kali aku mengadap 2 subjek ni... tak pernah sekali aku buat nota untuk subjek ni...baik tahun 3 atau tahun 4... tapi kali ni aku kena gagah... maklumlah sebelum ni aku tak minat... aku tak faham...  tapi kali ni aku tak tahu ada satu semangat yang buat aku yakin... dan aku percaya aku boleh... tak kenal maka tak cinta... ye dak??? aku buat nota ni weyhhh!!! dulu asyik copy orang punya je... sekarang diorang dah balik... padan muka terkontang-kanting kena buat... takpe... jadikan ini satu cabaran...

tapi... sebenarnya aku tak buat sorang2... wonder pet datang membantu... roomate aku taip... aku tolong edit,check kan je... dan top up mana2 yang kurang... apa yang penting kerjasama!!! weeee...

ok lah nak sambung dating...

Ya Allah, keluarkan kami dari gelapnya kebingungan dan muliakan kami dengan cahaya pemahaman. Ya Allah, bukakan kepada kami pintu-pintu rahmat-Mu, dan curahkan kepada kami khazanah-khazanah ilmu-Mu dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.

salam imtihan sahabat2... bit taufiq wan najah...


kata hati : eh..eh..tahun ni ramai plk org hapdet picha kawen... picha ank... 

Thursday, December 13, 2012

merindu tanpa kata...

بسم الله الرحمن الرحيم


hmm... ramai & banyak pula orang post status dekat mukabuka pasal tarikh hari ni 12.12.12...nasib hari ni hari rabu kalau tak, confirm ramai orang buat kerja kahwin hari ni...dengan aku2 sekali terjebak kang...erkk tetiba...


***********

Lewat petang.
Abi baru pulang dari kerja setelah dua hari 'berjihad' di hospital. Puteri kecilnya berlari-lari ke muka pintu. Lebih laju dari umminya.

Kak Haura': Abi, lama Kak Haura' tak ada Abi....(suara comel)
Abi: Ni! Abi Kak Haura' sudah balik... (tersenyum mesra sambil letak beg)
Kak Haura': Boleh Abi peluk Kak Haura' sekejap?
Abi: (Nada terharu) Mari sayang. Abi nak peluk lama.

Berdakapan

erat seorang Abi dan puteri kecilnya.

Ummi: Nanti Kak Haura' sudah jadi anak gadis, cik abang masih sudi peluk cium semua anak gadis kita?
Abi: Dah tentu! Rasulullah kan selalu peluk Fatimah.
Ummi: (tersenyum 360 darjah)

Moga-moga kita menjadi generasi ibubapa yang sentiasa tunjukkan penghargaan kepada anak-anak. Ketepikan keegoan. Curahkan kasih-sayang.

Insyallah, generasi muda pada zaman kita menjadi dewasa nanti...kuranglah kes terpedaya dengan cinta nafsu kerana cukup menikmati cinta halal di rumahnya. Bersama keluarga yang bahagia. Indahnya! Amin...

rasa nak balik peluk ayah sekarang je... rindu ayah usap2 kepala... rindu nak salam cium tangan ayah... rindunya... dah hampir sebulan tak dengar khabar dari ayah... nak dengar suara ayah... nak dengar usikan ayah... nak dengar kata2 semangat dari ayah... nak dengar ayah 'ceramah'... ayah nak balik!!!! erk....motif???

semoga ayah sentiasa dalam redha Ilahi...juga untuk ibu...ya Allah lindungilah mereka yang ku sayang... jagakan mereka di saat kami tidak mampu menjaga diantara satu sama lain...hasbunAllah wanni'mal wakil...


ustazah fatimah syarha said :
kalau kita rindukan seseorang, aura itu selalunya sampai. Berdoalah kepada Allah yang maha memahami, agar dapat mengubati 'rindu' kita semua...

ustaz don daniyal said :
"Kalau rindukan seseorang, baca AL-FATIHAH sambil tangan di dada. Dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga dia merasai rindu kita padanya" :)

ustaz dekat sekolah dulu said :
"kalau kita rindu dekat seseorang sedekahkan al-fatihah untuknya"


kata hati : jasad di sini...hati di sana...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...