بسم الله الرحمن الرحيم
alhamdulillah...masih di pinjamkan nafas untuk terus menikmati kehidupan yang sementara ini...semoga iman yang senipis kulit bawang sentiasa terpelihara...
" wahai Tuhan yang membolak-balikakn hati, tetapkanlah hati kami dalam ketaatan dan agama (Islam) "
diam tak diam dah masuk bulan Sya'aban dah...tinggal 29 hari sahaja lagi untuk menjalani ibadah puasa...
" ya Allah sampakailah kami ke bulan Ramadhan "
********
Dalam
bulan Syaaban, juga terdapat banyak peristiwa-peristiwa penting yang
telah berlaku. Mari hayati peristiwa-peristiwa ini! ^^
PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN SYAABAN
1. Malam Nisfu Syaaban
2. Penukaran Arah Kiblat
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)
PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN SYAABAN
1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !”
2. Penukaran Arah Kiblat
Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
4. Peperangan Zat Al-Riqa
Peristiwa peperangan Zat Al-Riqa tercetus akibat pengkhianatan di kalangan kabilah-kabilah Nadj terhadap kaum Muslimin. Tragedi ini telah mengorbankan sehingga 70 orang kaum muslimin.Peperangan ini dinamakan Zat Al-Riqa (peperangan yang bertampung) oleh kerana tentera Islam pada ketika itu ramai yang telah pecah tapak kaki ketika dalam perjalanan.
Jawatankuasa IHRAM
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2011/12
nota hati : ...ya Allah jemputlah aku & sahabat2 sebagai tetamu-Mu di Ramadhan ini...
salam ramadhan dari perantau di Doha...:)
ReplyDelete