بسم الله الرحمن الرحيم
andai aku di beri pilihan
harta atau rupa?
ku pilih hati mu yang di dalamnya hanya ada Dia (agama)
andai aku di beri pilihan
suka atau duka?
ku pilih hati mu yang sentiasa husnu zon dengan takdir-Nya
andai aku di beri pilihan
tampan atau kekemasan?
ku pilih hati mu yang adanya akhlak dan adab
andai aku di beri pilihan
senang atau sukar?
ku pilih hati mu yang sabar membimbing ku ke syurga-Nya
andai aku di beri pilihan
dunia atau akhirat?
pastinya ku pilih hati mu yang sentiasa mengingatkan ku tentang akhirat
walau jalan ku pilih terasa berliku
namun itu hanya sementara
kerana
adanya matlamat yang lebih jelas
untuk kekal bahagia di sana
dan
kerana itu
ku pilih hati mu
kerana agama yang ada padamu
No comments:
Post a Comment