jom ikut :

Sunday, January 18, 2009

TUGASAN PERTAMA JLOB : PALESTIN

==KONFLIK ISRAEL - PALESTIN==

Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.

Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah
"penyelesaian dua negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama.[1][2] Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel.[3] Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk.[4][5] Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing.

Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah
kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas. Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony Blair. Liga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangan rancangan keamanan alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.

Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh
konflik antara dua puak yang utama: Fatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan militan Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza. Ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain.[6] Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.

Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008.[7] Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan: Jerusalem, pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air.[8]

Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan
berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan pandang Palestin tentang proses keamanan). Ini bertindak untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.

Ciri utama konflik ini ialah
tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.


== PALESTIN ==

Palestin (bahasa Arab:فلسطين Falasṭīn, bahasa Ibrani: פלשתינה Palestina) ialah nama yang digunakan dengan meluas sejak era Rom lagi untuk merujuk kepada kawasan di Timur Tengah di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan. Istilah lain yang digunakan untuk merujuk keseluruhan atau sebahagian daripada kawasan ini termasuk Israel, ialah "Israel Raya" (bahasa Ibrani: Eretz Yisrael), Kana'an dan Tanah Suci.

Dalam pengertian geografi yang luas, Palestin merujuk kepada kawasan yang merangkumi negara Israel kini dan wilayah-wilayah
Palestin, di samping sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria. Dalam pengertian yang sempit pula, ia merujuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas Mandat British di Palestin (1920-1948), di sebelah barat Sungai Jordan.

Hari ini, Palestin boleh digunakan untuk merujuk kepada
"Negara Palestin" yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Palestin.


== GEOGRAFI PALESTIN ==


Palestin terletak di bagian barat benua Asia yang membentang antara garis lintang meridian 15-34 dan 40-35 ke arah timur, dan antara garis lintang meridian 30-29 dan 15-33 ke arah utara.
Palestin membentuk bagian tenggara dari kesatuan geografi yang besar di belahan timur dunia Arab yang disebut dengan negeri Syam. Selain Palestin, negeri Syam terdiri dari [[Lubnan]], [[Syria]] dan [[Jordan]]. Pada awalnya negara-negara ini mempunyai perbatasan yang kolektif di luar perbatasannya dengan [[Mesir]].


Perbatasan Palestin dimulai dengan Lubnan di Ras El-Nakoura di wilayah laut Mediterranian (Laut Tengah) dan dengan garis lurus mengarah ke timur sampai ke daerah di setelah kota kecil Lubnan iaitu kota Bent Jubayel, di mana garis pemisah antara kedua negara ini miring ke utara dengan sudut yang hampir lurus. Pada titik ini, perbatasan berada mengitari mata air sungai Jordan yang menjadi bagian dari Palestin dalam jalan kecil yang membatasinya dari wilayah Timur dengan wilayah Syria dan danau Al Hola, Lout dan Tabariyya.


Perbatasan dengan Jordan dimulai di wilayah selatan danau Tabariyya pada pembuangan sungai Al Yarmouk. Terus sepanjang sungai Jordan. Dari mata air sungai Jordan, perbatasan ini ke arah selatan membelah pertengahan Laut Mati secara geometrikal dan lembah Araba, hingga sampai pada daerah Aqaba.


Perbatasan dengan Mesir dapat digambarkan dengan garis yang hampir membentuk garis lurus yang membelah antara daerah semi-pulau Seena dan padang pasir Al Naqab. Perbatasan ini dimulai di Rafah di Laut Tengah hingga sampai ke daerah Taba di Teluk Aqaba.
Di bagian Barat, Palestin terletak di sebelah perairan lepas antarabangsa dari Laut Tengah dengan jarak sekitar 250 km dari Ras El-Nakoura di belah selatan hingga Rafah di bahagian selatan.


Kerana lokasinya terletak di pertengahan negara-negara Arab, Palestin membentuk kombinasi geografi yang natural dan humanistik bagi medan daratan yang luas yang memuat kehidupan orang-orang asli Badui di wilayah selatan dan gaya pendudukan yang sudah lama di bagian utara. Tanah Palestin mempunyai keistimewaan dibanding dengan daerah lain kerana merupakan sebahagian dari tempat tinggalnya manusia pertama, tempat diturunkannya semua [[agama]] samawi, tempat di mana peradaban kuno muncul, menjadi jambatan aktiviti komersil dan tempat penyusupan ekspedisi ketenteraan di sepanjang era bersejarah yang berbeza. Lokasi strategik yang dinikmati Palestin memungkinkannya untuk faktor penghubung antara berbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah. Palestin juga menjadi tempat yang dijadikan pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-tempat jiran. Ia menjadi jambatan penghubung bagi manusia sejak dahulu kala, sebagaimana ia juga menikmati lokasi sentral yang memikat seluruh orang yang mau bermukim dan hidup dalam kemakmuran. Maka dari itu sangat alami kalau Palestin menjadi pusat bagi kerakusan banyak orang yang ingin berkuasa dan mengeksploitasi keistimewaannya.

Palestin dibahagi kepada dua kawasan utama iaitu:

* [[GazaSemenanjung Gaza]] (غزة)
* [[Tebing Barat]]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...