jom ikut :

Friday, December 27, 2013

takdir dan redha

بسم الله الرحمن الرحيم

 
Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan
Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan


 
********************

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.



kata hati : ...andai itu takdir terindah...bertabahlah hati untuk redha...



 

Wednesday, November 27, 2013

badai di hati...

بسم الله الرحمن الرحيم




Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


*****************

kata hati : ...semakin hari semakin kuat...tabah, cekal, redha...


mengemis kasih

بسم الله الرحمن الرحيم





Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


 ****************




kata bijak pandai : "... tugas cinta yang pertama ialah mendengar..."
                                        Allah Maha Mendengar




Tuesday, November 26, 2013

ku pilih hati mu

بسم الله الرحمن الرحيم

andai aku di beri pilihan
harta atau rupa?
ku pilih hati mu yang di dalamnya hanya ada Dia (agama)

andai aku di beri pilihan
suka atau duka?
ku pilih hati mu yang sentiasa husnu zon dengan takdir-Nya

andai aku di beri pilihan
tampan atau kekemasan?
ku pilih hati mu yang adanya akhlak dan adab

andai aku di beri pilihan
senang atau sukar?
ku pilih hati mu yang sabar membimbing ku ke syurga-Nya

andai aku di beri pilihan
dunia atau akhirat?
pastinya ku pilih hati mu yang sentiasa mengingatkan ku tentang akhirat 


walau jalan ku pilih terasa berliku
namun itu hanya sementara
kerana
adanya matlamat yang lebih jelas
untuk kekal bahagia di sana
dan
kerana itu
ku pilih hati mu
kerana agama yang ada padamu





kata hati : perghh...perghh...macam gedik je...macam ye ye je...

Monday, November 25, 2013

kenapa aku???

 بسم الله الرحمن الرحيم

lama rasanya tidak berbicara di ruangan rindu ini...
hanya terkalam di nurani sahaja...



*****************************


Aku kira, sudah menjadi lumrah manusia bila ada saja dugaan, musibah atau ujian melanda akan timbul pelbagai persoalan dan sering mengeluh.

Soalan 'pemes' kalau dalam exam soalan lazim keluar :
kenapa aku? kenapa aku? kenapa aku bukan kau? kenapa? kenapa? kenapa? limaza? why? 

Itulah lumrah manusia, sejak dari kecil lagi kita sudah pandai bertanya. Dan dengan sebab itulah segala persoalan ada jawapannya yang telah dijawab sejak azali lagi...
 
Kita sering bertanya tapi kita lupa untuk merujuk dan kembali pada kalam yang Maha Agung yakni Al-Quran.


Kita bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan.”Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal.” (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, “Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran).” (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, “…dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf: 87)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah: 5-6)


Kadang-kadang ujian yang datang itu menjadikan kita lebih kuat dari apa yang kita sangka. Dan menjadikan kita lebih matang dalam menilai sesuatu perkara.




kata hati : semoga segala kekalutan akan berlalu pergi... seperti perginya angin hilang berganti...


Tuesday, July 16, 2013

resepi #7 - bubur lambuk simple


بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah...diam tak diam dah hampir seminggu kita berpuasa...semoga keberkatan-Nya sentiasa bersama kita...
hmmm...tahun ni masih lagi tak dapat berpuasa bersama keluarga tercinta di tanah air... rasa rindu kian tak tertanggung... kalau nak di ikutkan hati dan tawaran yang ayah tawarkan hendak saja aku terima... tapi, ada yang lebih penting untuk aku terus menanti di sini... semoga penantian ini berakhir dengan sesuatu yang indah...


****************


biasalahkan... tekak orang puasa ni kadang nak makan macam-macam... tambah pula hari-hari duk dating dengan abang google... dia saji gambar makanan yang pelbagai... wahhh homesick!!! terus rasa nak balik malaysia sekarang juga... tak yah nak masak bagai... order saja... *blink* (bunyi kayu sakti pari-pari sakura)... sekelip mata ada depan mata... jadi perantau... jangan harap nak *blink-blink* sangat... kalau kau tak tang tung tang tung alexander dekat dapur memang takde nak blink-blink nya... sobss...

semalam dah kehabisan idea tak tahu nak masak apa... housemate cadang masak bubur lambuk... ni percubaan kedua buat bubur lambuk... dulu pernah buat sekali... oleh kerana kali pertama buat dulu tidak mengecewakan... jadi keyakinan untuk buat kali kedua sangat tinggi... tapi yang first buat dulu tak ingat resepi dia apa... sebab jenis masak ikut-suka-hati-kau-nak-rasa-apa... hoho...

ada juga cari dekat google... tapi resepi dia banyak sangat bahan... sekali tengok... memang angkat bendera putih tak nak buat... sebab MALAS... banyak cekadak... maklumlah dah lama tak balik... jadi stok bahan makanan yang bawa 2 tahun lepas pun dah habis... sobbss lagi...

jadi ni saja nak kongsi resepi BUBUR LAMBUK *CAMPADA ... versi perantau punya...
masak ikut insticnt ye puan2 sekalian...

*CAMPADA = campak apa yang ada kat dapur tu

bahan-bahan :
1 cawan beras (ikutlah nak banyak mana)
2 ketul ayam (potong kecil-kecil... kita potong dadu)
1 @ 2 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 biji kentang (potong dadu)
1 biji lobak (potong dadu)
1 s/b rempah sup
1 s/b rempah kurma
1 s/b kicap
santan
1 kiub ayam
4 beradik (kita letak 3 beradik je : bunga lawang, buah pelaga, cengkih... sbb abg kayu manis takde... outstation... ngeee)
 air (ikut keperluan... lebih pun takpe... kata masak bubur...heh )
garam
*kacang
*daun sup (tak letak sebab takde)
*bawang goreng

cara-cara:
1. tumiskan 3 beradik. masukan bawang besar dan bawang putih, tumis hingga naik bau @ garing.
2. masukan rempah sup dan rempah kurma. tumis.
3. masukan beras yang telah di basuh dan di tos terlebih dahulu.
4. masukan air, ayam. agak-agak ayam dah berubah warna masukan kentang, lobak, kiub ayam. biarkan hingga mendidih.
6. masukan santan, kicap, kacang, garam. seimbangkan rasa. tanaklah sehingga masak. guna api kecil jek.
7. tutup api. taburkan daun sup dan bawang goreng. siap untuk di hidang lalu di ngap...


**kalau tak berapa nak rajin @ nak cepat lepas tumis bahan2 tu, masukan je semua dalam periuk sekali gus kecuali santan, lebur sampai dia masak. lepas tu masuk santan hingga mendidih. siap.

**biasa orang letak udang kering lah, ikan bilis lah... so kalau nak letak lagi sedap... tapi kita dah takde stok... tu yang tak letak... guna ayam je la... alhamdulillah... tidak mengecewakan...
**peringatan sekali lagi SILA MASAK IKUT INSTINCT... peace yaww...


selamat mencuba...

salam ramadhan kareem 1434 H...


**kata hati : ya Allah... nervousnya nak tunggu result keluar... semoga semuanya baik-baik aje...

Saturday, May 25, 2013

bicara hati #1

بسم الله الرحمن الرحيم


di saat berjauhan ini...
adakalanya akan hadir satu rasa yang kadang tak terduga...
rasa lemah yang amat sangat...
rasa rindu yang menggila...
rasa sayu yang kian meruntun...
rasa sebak menyesak dada...
kadang-kadang terasa ingin berkongsi...
namun...
hanya terluah dalam hati...
tak semua mereka selesa berkongsi...
 hanya mampu dipendamkan saja...
adakala air mata...
menjadi peneman setia...
saat bibir terbungkam tak mampu bicara...
esak tangis...
dalam pengaduan...
terasa diri...
lemah hilang pertimbangan...
memohon...
di kuatkan iman...
di tabahkan hati...
di hilangkan segala rasa yang melemah jiwa...





kata hati : ...rindukan suatu masa dahulu...mereka yang pernah menjadi sebahagian 'keluargaku' di sini...
*hati menangis*

Saturday, April 13, 2013

resepi #6 ~ ayam masak stew


بسم الله الرحمن الرحيم


wehuuuu...rindu nak bebel dekat sini...tapi tak tahu nak cerita apa...ada idea tapi masa pula yang takde...sekarang dah mula buzy body dengan kelas2 tutorial...siapkan nota...baca kitab...makan...tidur...main...hohoho...

bila dah mula sibuk *eceh macam busy bebeno je kecohnya*...masa untuk masak pun agak berkira...mana nak buat itu...mana nak buat ini... *ok sekali lagi bajet busy giler...padahaaaaal* dan kerana itu aku lebih suka masak benda yang simple2...paling 'rajin' pun goreng telur makan dengan kicap...hohoho...sedihhh...

sebelum ni kalau nak cepat....paling aku suka...buka api letak periuk letak air dalam periuk...campak semua bahan dalam periuk...rebus...didih...siap...makan...muahahaha...senang kerja aku...memang paling gemar masak tomyam @ sup...sebab kita boleh gunakan kaedah rebus je ye puan2...tak payah tumis bagai...masuk je semua...biarkan sampai dia didih...senang kan??? hehe...

tapi bosan lah asyik makan lauk yang sama je bila tiap kali 'rajin'...tiba2 hari ni terasa nak masak ayam masak stew...of coz lah i tanya abang google dan paling penting cari resepi yang paaaaaaaaaliiiiiing mudah...cepat...

ok dah jom kita main masak2...
resepi asal kita ambil dekat sini CHETIESKITCHEN

ok bawah ni resepi kita...kita suka masak ikut naluri...jadi angaran tu boleh agak2 sendiri la ye...
dan guna bahan apa yang ada je...
dan ni nama nya 'AYAM MASAK STEW IKUT SUKA KO LAH'...hehe...



Bahan - bahan:

Bahan tumis :
1/2 sudu besar lada hitam - tumbuk (kita guna serbuk)
3 ulas bawang putih - ketuk (kita guna segenggam..sbb bawang mesir comel2 kot...*jenuh nak kupas*)
1 biji bawang besar holland - belah 6

Bahan lain :
1/2 ekor ayam - (kita guna 2@3 ketul - potong ikut suka)
2 biji kentang - dibelah 4 (kita guna sebiji - terbelah-belah *tak kira*)
1/2 biji capsicum - dipotong dadu (kita ganti cili - hiris)
1 batang lobak merah - dipotong memanjang dan tebal
sedikit brokoli (tak letak...takde)
1 biji buah tomato - belah 4 (kita belah 6)
Garam dan sedikit gula / bahan perisa (kita guna garam je)
*kiub ayam - sikit je
*1 s/b tepung jagung


Cara membuatnya:

1) Tumis bawang putih, bawang besar dan lada hitam hingga wangi
2) Masukkan ayam. Biarkan seketika
3) Tambahkan 3 cawan air dan masukkan ubi kentang.Masukkan juga garam dan sedikit gula *kita ganti kiub ayam *
4) Biarkan ia mendidih dan kentang empuk
5) Masukkan semua jenis sayuran (brokoli, lobak merah, buah tomato, capsicum Tutup periuk selama 5 - 7 minit.
6) Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air.dan masukkan ke dalam bahan2 tadi.
7)Tutup api dan hidangkan bersama dgn nasi putih atau roti.
8) Bila ayam dan kentang telah masak sepenuhnya


siap...selamat menjamu selera...om nom nom nom...
haipp!!! cuci tangan dulu... baca doa... :)



kata hati : risau....bila call ibu kurang sihat...rasa nak balik sekarang je...ya Allah berilah kesembuhan & kesihatan buat kedua ibu bapa ku.... :(



Sunday, March 3, 2013

ada apa dengan Mac???

بسم الله الرحمن الرحيم


alhamdulillah...sekarang kita dah melangkah masuk ke bulan Mac...hoyehh...tak sabar menanti kepulangan ayahanda tersayang...*eceh kalau ayah balik pun bukan aku ada pun* takpe jauh di mata dekat di hati...dah rindu sangat dah ni...tak sabar nak dengar cerita dari ayah...apa-apa pun tak nak lah happy sangat...kita buat biasa-biasa je...semoga ayah sentiasa dalam lindungan & rahmat Ilahi...


*******


awal bulan Mac ni... di malaysia kita di gemparkan dengan satu insiden yang melibatkan nyawa di Lahad Datu, Sabah... inna lillahi wa inna ilaihi raji'un... sedih bila lihat perwira-perwira negara terkorban bagi mempertahankan negara... semoga roh-roh mereka di tempatkan dikalangan para syuhada'... mati ketika mempertahankan negara juga salah satu dari mati syahid... semoga mati mereka itu syahid dunia & akhirat...


*******


dulu aku selalu dengar orang cakap pada tentera
" sekarang ni mana ada lagi perang-perang tentera dah takde kerja pun "
tapi mereka tak tahu... aku juga tak tahu...

gaji mereka tak lah besar mana pun... tapi kerja mereka melibatkan nyawa... tak ternilai dengan bayaran *gaji* yang mereka terima setiap bulan...


bila tengok perwira yang terkorban tu... aku jadi sedih sebak semua ada... dan paling best terus teringat dekat someone... *oh no!!!* tak tahulah dekat mana dia sekarang... dah berapa celet agaknya dia pakai... dia pun terlibat juga ke dalam misi ni... *uhuks*

 semoga Allah berkati perwira-perwira negara dalam mempertahankan negara dari jatuh ke tangan negara lain... lindungilah mereka yang berada di sana


*******


hari tu nampak iklan temuduga TUDM 2013...
hari ni nampak iklan ulang tahun TDM ke-80 pula...
 birthday awak pun bulan ni juga...
 'mat tiarap' 'mat celoreng' 'mat perang' 'asko' << sinonim dengan awak

bila ternampak... hati terus teringat...
*ya Allah semakin aku ingin lupakan... sedikit demi sedikit ia datang di fikiran*

profession awak tu... kerja yang murni... semoga awak ikhlas dalam menjalankan tugas...
walau raga kita terpisah jauh... tapi hati kita dah lama terbelah...
cuma doa saya kadang-kadang bersama awak...



kata hati : ...esok sepupu kawen...kalau dapat balik berkumpul sedara-mara kan best... *homesick*







Saturday, February 2, 2013

...kasih ayah sepanjang zaman...

بسم الله الرحمن الرحيم


sepanjang hampir 2 bulan ayah musafir... adalah dalam 3 4 kali aku menangis rindukan ayah... alahh kememehnye... ngengade nak nangis... eh...biarlah ayah kita...dari awak2 nangis rindu pakwe/makwe...baik kita nangis rindukan ayah kita... hehh... aku rasa lebih dari 4 kali kot...

kalau si anak yang jauh jarang jumpa ayah pun nangis rindukan ayah... apatah lagi ibu yang jarang jauh dengan ayah... tiba-tiba berpisah untuk beberapa bulan mesti ibu lagi sedih... dah la suami jauh... yang sulung pun lagi jauh... yang second last dekat asrama... yang ada angah dengan kucing-kucing 2 ekor menjadi teman...

aku tahu ibu aku kuat... sebab tu ibu beriya-riya nak aku belajar jauh sampai ke sini...
aku tahu ibu aku kuat... sebab tu ibu beriya-riya nak ayah keluar berbulan-bulan kutip saham akhirat...
tak pernah aku call ibu... ibu mengadu, mengeluh... jarang nada ibu sedih...
aku tahu betapa susahnya ibu tanpa ayah...
sebab semua tugas ayah ibu kena uruskan sendiri untuk beberapa bulan ini...


" ya Allah ampunilah dosaku, dan dosa kedua ibubapa ku, serta kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku semenjak kecil lagi "



APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


semua ciri-ciri di atas ada pada ayah... cuma part jodoh ke bawah je yang belum lagi... yang lain-lain tu semua ada pada ayah... kalau bukan kerana tegasnya ayah... tak mungkin aku jadi seperti aku yang sekarang... pernah dulu rasa terkongkong bila ayah buat semua tu... pernah rasa membentak dalam hati... "iskk.. ayah ni semua tak boleh.." darah muda... mana nak fikir yang betul... yang dia fikir nak enjoy je... tapi bila dah dewasa dah mula berfikir dengan waras... ada sebabnya kenapa ayah buat semua tu... terima kasih ayah... tegas ayah ada hikmah... tegas ayah kerana sayangkan kami...

seriusly... bila jauh dari keluarga... perkara yang akan menjadi paling sensetif ialah yang berkaitan ayah & ibu... bila baca artikel-artikel berkaitan mereka... rasa murah je air mata ni nak meleleh... siap teresak-esak tu yang tak menahan... rasa nak mereka ada depan mata je saat tu...

 really-really miss you ayah...
love you ayah...


...ya Allah lindungilah kedua ibubapa ku serta ahli keluargaku dari segala malapetaka dan kecelakaan serta di jauhkan dari segala fitnah dunia akhir zaman... kerana Engkau sebaik-baik penjaga bagi kami...




nota hati : ...call ibu... ibu tak sihat... semoga ibu cepat sembuh... sayang ibu... rindu ibu juga...





Tuesday, January 29, 2013

resepi #5 ~ kuih siput sira

بسم الله الرحمن الرحيم


erkk... kuih siput lagi... kemaruk betul ni...

masa hari tu buat kuih siput... up load picha dekat facebook... tiba-tiba, ada pula yang berminat nak order... adush... *tepuk dahi* baru first time buat kot... tiba-tiba nak buka untuk order??? tak berapa yakin nak ambil order... memandangkan nak buat dia agak remeh... sebenarnya kalau dah biasa buat tak remeh mana pun... menguli tu kita saya ok lagi... tapi bab nak menggentel tu... setengah hari kot duduk dekat dapur... *erkk berdiri kot yang betulnya* aiyayaya... menyiput sambil berdiri... *pengsan*

kuih siput ni sedap di jadikan snack... sambil-sambil mengadap laptop tengok cerita... layan facebook... sambil mengunyah... memang heaven la... tengok-tengok telap dah kosong... nak buat lagi??? owhh... ambil mood rajin dulu...

maka pagi jumaat 4 hari lepas... terseraplah mood separa rajin ke dalam diri... atas permintaan seorang akak di cairo nak order... jadi pagi-pagi lepas subuh merajinkan diri ke dapur menguli , menggentel & menyiput... tapi tak jual pun... saja buat dan bagi je... lagi pun buat tak banyak... tak laraaaaaaaaat!!!!!!... so, kita buat yang terlarat je la... jadilah buat rasa-rasa...

akibat daripada serapan mood yang separa rajin tadi dah menjadi terover rajin... kita buatkan yang separuh siput biasa dan separuh lagi siput sira... haaa... rajin tak???

sebenarnya nak tutup 'kegosongan' yang berlaku ke atas siput tu... nak cover baik punya kasi merah menyala... dan pedas-pedas sikit... manis-manis campur pahit-pahit sikit... kihkihkih...

* hahahambek ko panjang pulekk intronye *


RESEPI KUIH SIPUT <<< tengok sini

ni resepi untuk sira je kita bagi

resepi asal ambil dekat sini >>> KUIH GUNTING SIRA 
actually dia buat untuk kuih gunting tapi kita olah buat dekat kuih siput...
dan resepi bawah ni kita olah ikut tekak sendiri.... hehe....

bahan-bahan :

- 3 senduk cili kisar ( kita blend segenggam cili kering )
- 3 ulas bawang putih ( tumbuk )
- cuka
- garam
- gula
- minyak

cara-cara :

1. panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga layu dan naik bau...
2. masukan cili kisar... kita gorengkan dia...
3. masukan cuka + gula + garam... seimbangkan rasa dia... ikut selera masing-masing...
4. agak-agak dah garing... tutup api masukan siput dan gaul sebati...
5. buka api... dan masak hingga sambal kering....



tadaaa... dah siap boleh makan... 

kalau tak sabar... tak payah tutup api... sambil masak sambil ko makan... hehe...
kalau mak mertua ada jangan buat... tak sopan nampak sangat kegelojohannya... time takde je boleh buat... agaggaga... *syhhh... diam jangan bagitahu orang... kucing takpe*



nota hati : tangan dah gatal nak main jarum ngn benang lah pulak...
 


Saturday, January 19, 2013

resepi #4 - kuih siput

 
بسم الله الرحمن الرحيم


alhamdulillah... masih di beri nafas untuk terus mencari redha-Nya sebagai khalifah di bumi ini...

jom main masak2!!!


sebenarnya dah lama nak buat kuih siput ni... dari sebelum exam hari tu... al-maklumlah... musim2 sejuk + exam memang akan membuatkan kita-kita di sini rasa nak mengunyah 24hours... perut asyik lapar je... lagi-lagi aku... yang memang kerjanya nak makan je... tapi tak gumuk-gumuk juga... aihhh... selalu orang cakap
" ko ni makan banyak tapi gemuk2 jugak "
haa... tu la kan... aku pun tak tahu... orang makan aku makan... orang tak makan aku makan... orang makan sepinggan aku berpinggan2 tapi macam ni juga... penat aihhh... tapi tu la... kadang orang kughuih ni tak de lemak... tapi kolestrol... tu yang bahaya tu... apa pun bersyukurlah... kurus ke gemuk... yang penting sihat...


semalam pagi-pagi lagi aku dah bersemangat nak menyiput... baru ni ada masa... nak buat time exam... memang tak la... balik2 buka laptop cari resepi lepas tu terliur... asyik2 cakap " ermm sedapnya " sambil slurrrppp ayer liyor... kecur kot... lagi2 tengok masakan malaysia... home sick terus...

ok stop membebel... jom kita terus ke resepi...
memang macam ni bila dah start membebel tak reti berenti... ngehngehngeh...


KUIH SIPUT SIDUT PADANG PASIRUN
 resepi asal di ambil dari my resepi... tapi tak ingat yang mana satu... hehe...

bahan-bahan :

5 cawan tepung gandum
1 biji telur
50g marjerin
1 sudu kecil jintan manis ( kisar )
1 sudu kecil jintan putih (kisar )
2 sudu kecil serbuk udang kering (aku letak lebih )
garam
3 sudu besar cili boh ( aku letak lebih )
daun bawang @ sup ( tak letak sebab takde )
santan (untuk uli - aku tukar guna air)



aku masak kan ikut instint... dan sesuka hati aku menambah yang orang tak suruh... (sebab tak baca habis...hehe) konon2 rasa macam ada baca tapi bila baca balik takde rupanya... haha... aku memandai pergi tambah 1 sudu kecil ketumbar... ok diam!!! jangan gelak... memang tak lawak...

cara-cara :

1. campurkan je semua bahan di atas dalam satu mangkuk hayun gaul sebati
2. masukan air sikit-sikit sehingga menjadi play doh
3. cubitkan doh tadi mengikut size yang di kehendaki... ( aku cubit cute2 je untuk menyerlahkan kecomelannya macam aku... ngee ) lepas tu lenyekan dia di atas papan siput sidut tu
4. goreng sehingga keperangan

* buatlah sampai habis adunan...

ok itu je... selamat menyiput... :)



 
satu untuk engkau... satu untuk aku...

sungguh enak di makan begitu saja... sambil tonton setia hujung nyawa... nyumnyum...




kata hati : ...hati takde kata pa...





Friday, January 11, 2013

resepi #3 CHEEZY CHICKEN CROQUETTES

بسم الله الرحمن الرحيم


3 hari lepas punya story... niat di hati nak keluar rumah temankan housemate pergi terminal untuk beli tiket... dah alang2 keluar berniatlah untuk beli bahan mentah untuk masak... dah seminggu kot asyik makan telur je... muka pun dah jadi macam mama yokies... eh eh tetiba rindu lak nak tengok kartun yokies...

tapi bila tak jadi keluar makanya... aku pun menyelongkarlah laci ammu google untuk mencari2 resepi baru yang sedap... dan bahan asas dia sudah tentulah TELUR dah tu je lauk yang ada... tapi cari punya cari... resepi lain pula yang aku jumpa... jumpa je la nak buat takde bahan... so,bookmark je la nanti2 boleh cuba...

tiba2... roomate yang dari tadi asyik berbual dekat telefon melalui internet... sergah...
+ " eh... ko tengok resepi ape tu "
- " ni haa... resepi dia senang gila... tapi aku takde roti ngan ayam nak buat "
+ " aku ada... nak buat!!! tapi aku takde cheese ngn serbuk roti"
- " haa... buatlah... aku ade... amek la... "
+ " ok aku buat... "


maka dapatlah menikmati hidangan ini... tapi roomate yang tolong buatkan... hehe... jom tengok resepi dia...
resepi asal jumpa dekat sini CHEEZY CHICKEN CROQUETTES
tapi ni kitorang dah ubah ikut kesesuaian





Bahan-bahan:
3 keping roti (hehe...hambek ko...dia guna roti diet..kehkehkeh)
1 ketul isi ayam (rebus dulu)
Serbuk lada sulah
Daun sup (tak letak... sebab takde)
Garam
Cheddar cheese
1 biji telur
Bread crumb
Minyak



Cara-cara:
Kisar ayam dan roti hingga hancur.
Masukkan sedikit telur untuk mendapatkan adunan yang boleh dikepal.
Gaulkan dengan serbuk lada sulah, garam dan daun sup yang dihiris halus.
Masukkan cheese sebagai inti dan bentukkan mengikut kesukaan.
Celup dalam telur dan golekkan dalam bread crumb.
Goreng secara deep fry dengan api yang sederhana.





taraaaa... inilah hasilnya... nyummy...
ni baru betul mak mertua lalu pun tak perasan...
of coz lah tak perasan kan... sebab tak tau pun siapa... hehe


boleh lah cuba...
mudah... cepat... lazat... sluurrppp...

sungguh enak di makan waktu2 winter + exam macam ni...
sekali hidang... sekelip mata hilang... ngeh ngeh ngeh...





kata hati : terketar2 jejari menaip entry menahan kesejukan... grrrrr  (8 darjah celcius waktu ini)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...