jom ikut :

Sunday, July 19, 2009

award dari aishahumairah


1. Copy badge "Vespa Blogger Award Friendship" di atas

untuk diletakkan di blog anda:

siap!!! bertindak mengikut arahan...


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda:

** thanks a lot buat aishah kerana sudi bagi award cumei ini pada akak...

** sedikit pengenalan diri pemilik blog ~aishahumairah~

^ nama di beri Noraishah bt Othman...

^ masih menuntut di UKM dalam bidang Pengajian Al-Quran Sunnah Modul Tafsir...

^ dia juga merupakan classmate saya semasa di Maahad Johor (2005)...

^ seorang yang peramah, tidak sombong dan kreatif...

** lama xjumpe aisha...rindu kenangan kat kelas dulu...

sonoknya kalau dapat jumpe kwn2 lame... ala2 reunion gitu...


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

dulu dah pernah buat >> 7 fakta tentang amy <<

tambah lagi 3 je la ea??

hmm susah gk nk pk lagi 3 ni...

** suka hati : suke buat sesuatu bende bile tergerak hati rse nk buat

di tambah dgn kerajinan yg melampau...

bile dh buat insyAllah akan cuba utk selesaikan sebaik mungkin...

** bersepah : tak suke bile balik rumah tgk brg2 bersepah...

rse cm nk g fire jek spe yg bt sepah tu...eee geram...geram...geram...

org kemas penat2 senang2 die bt sepah...

** seorang yg kdg2 rajin teramat sgt...kompom semua ley setle...

bile mim alif lam sin dtg...hmm lantak kau lah nk jd ape...


4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan

menyatakan nama mereka di blog anda:

> mumtazmansor

> ummusafiyyah

> rhea

> tempe

> shahliza

> lemonadenoi


sudilah kalian terima award ini...siapa yang dah pernah dpt abaikan jelah...


~~ thanks bt aishah krn sudi share award ni ngn akk...

semoga ukhwah fillah berkekalan





***ralat tajuk bkn TAG tp AWARD...adeh...maaf ye kakak2 ku sekalian...

Wednesday, July 15, 2009

SUMMER HOLIDAY

pemandangan matahari naik di ambil dari atas Bukit Tursina



Musim panas telah kembali. "Ya Allah,panasnya…rimas!" itulah kata-kata yang sering diungkapkan. Teringat musim sejuk "Ya Allah, sejuknya!". Itulah manusia, sering saja merungut, panas salah sejuk salah, bukan hendak bersyukur. Astaghfirullah al-‘azim, ya Allah aku bukan tidak bersyukur tapi tidak tahu bagaimana hendak melafazkannya. Ditelan mati emak diluah mati bapa, kerana mulut badan binasa.

Musim panas sinonim dengan musim cuti. Masa inilah semua sekolah & institut di Mesir akan bercuti. Tidak hairanlah jika pelajar-pelajar pengajian Islam & Perubatan akan membanjiri Lapangan Terbang Kaherah. Dan tidak hairanlah jika bagi kuliah pengajian Islam akan dibuka dari seawal bulan Oktober sehingga Januari (fasal 1), Mac hingga Jun (fasal 2). Bulan selebihnya "cuti-cuti mesir".

Dikesempatan itu jugalah ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke tanah air tercinta. Paling awal penerbangan, pertengahan bulan Jun dan akan kembali ke Mesir atau dikenali sebagai Bumi Anbiya’ atau Kiblat Ilmu, kebiasaannya selepas Aidilfitri, sekitar bulan OKtober dan November.

Bagi yang tidak pulang ke tanah air, inilah peluang untuk merebut atau mengaut segala ilmu luar kuliah yang ada di sini. Pelbagai kelas-kelas thaqafah dan program ilmuan yang diadakan oleh Dewan-dewan Perwakilan Mahasiwa/wi (DPM) bagi setiap cawangan, dan seluruh persatuan anak-anak negeri di Mesir. Tidak kurang juga program ilmuan secara besar-besaran anjuran PMRAM dengan kerjasama jemputan dari Malaysia seperti yang terbaru 11 Julai 2009,hari ini dengan kerjasama HPA Industries Sdn. Bhd.

Tidak kurang juga kelas-kelas persendirian bersama tenaga pengajar tempatan(Mesir) seperti kelas bahasa arab di markaz-markaz bahasa,talaqqi al-quran bersama Syeikh di Masjid al-Azhar, di rumah dan sebagainya.

Tidak kurang juga lawatan sambil belajar seperti kembara sufi ke tempat-tempat bersejarah. Seperti di musim sejuk kebiasaannya rehlah ke Sinai (Bukit Tursina), makam sekitar Kaherah, Giza dan sebagainya. Begitu juga di musim panas, rehlah ke Matroh & Siwa menjadi pilihan utama.

Terdapat pelbagai tempat-tempat bersejarah peninggalan nabi-nabi terdahulu seperti zaman nabi Musa A.S & Firaun. Dan setakat ini saya masih lagi belum berpeluang untuk menzirahi tempat-tempat tersebut melainkan makam sekitar Kaherah dan Giza.


masjid Al-Azhar

CUTI-CUTI MALAYSIA








Mungkin ini adalah slogan paling sesuai untuk mahasiswa & mahasiswi di sini. Kerinduan pada ayahanda,bonda,kaum keluarga,sahabat handai tak kurang juga pada kampung halaman dan juga kekasih hati. Membuatkan ramai yang tidak sabar-sabar untuk pulang sehingga ada yang terlupa pada imtihan yang hampir menjelang.


Dalam sibuk-sibuk siswa & siswi mentelaah pelajaran untuk persediaan peperiksaan akhir tahun pada pertengahan Mei sehingga akhir Jun yang lalu. Tidak kurang juga ada segelintir siswa & siswi yang sibuk-sibuk dengan persediaan untuk pulang ke Malaysia.


Inilah fenomena yang sering terjadi. Seawal bulan Mac lagi, sudah ramai yang meninjau-ninjau harga pasaran tiket penerbangan bagi mendapatkan harga yang berpatutan agar tidak terlepas dengan tawaran-tawaran hebat seperti harga, tempoh sah laku, destinasi & juga berat bagasi yang dibenarkan setiap sesuatu penerbangan bagi yang inginkan penerbangan dua hala.


Diantara penerbangan yang menjadi pilihan utama ialah Gulf Air, Egypt Air, & Singapore Airline(SIA). Dan diantara penerbangan yang jarang-jarang Emirates, Etihad, Kuwait & Qatar. Semuanya mempunyai kelebihan & kelemahan yang tersendiri. Bagi saya sendiri yang pernah menaiki 3 penerbangan sebelum ini Gulf Air, Egypt Air & Emirates masing-masing ada kepuasan yang tersendiri bagi setiap individu.


Walau apa pun penerbangan yang di pilih semoga ia adalah yang terbaik. Dan apa yang diharapkan semoga perjalanan sahabat-sahabat yang akan pulang, selamat ke destinasi yang di tuju. Semoga permusafiran sahabat-sahabat diberkati dan diredhai Ilahi. Banyakkanlah berdoa sepanjang perjalanan dan semoga Allah memakbulkan doa sahabat-sahabat.




bergambar bersama 2 org rakan yang pulang ke Malaysia pd 6/7/09 dan yang lain tu hantar jek... hikhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...