jom ikut :

Thursday, June 21, 2012

29 hari lagi!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah...masih di pinjamkan nafas untuk terus menikmati kehidupan yang sementara ini...semoga iman yang senipis kulit bawang sentiasa terpelihara...

" wahai Tuhan yang membolak-balikakn hati, tetapkanlah hati kami dalam ketaatan dan agama (Islam) "

diam tak diam dah masuk bulan Sya'aban dah...tinggal 29 hari sahaja lagi untuk menjalani ibadah puasa...

" ya Allah sampakailah kami ke bulan Ramadhan "


********



Dalam bulan Syaaban, juga terdapat banyak peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku. Mari hayati peristiwa-peristiwa ini! ^^

PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN SYAABAN

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !”

2. Penukaran Arah Kiblat

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

4. Peperangan Zat Al-Riqa

Peristiwa peperangan Zat Al-Riqa tercetus akibat pengkhianatan di kalangan kabilah-kabilah Nadj terhadap kaum Muslimin. Tragedi ini telah mengorbankan sehingga 70 orang kaum muslimin.Peperangan ini dinamakan Zat Al-Riqa (peperangan yang bertampung) oleh kerana tentera Islam pada ketika itu ramai yang telah pecah tapak kaki ketika dalam perjalanan.

Jawatankuasa IHRAM
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2011/12



nota hati : ...ya Allah jemputlah aku & sahabat2 sebagai tetamu-Mu di Ramadhan ini...



Saturday, June 16, 2012

intihabat vs istirahah

بسم الله الرحمن الرحيم


 masa berbaki 7 hari sahaja lagi untuk last paper (usul feqh)!!!dah khatam??oh belum ku buka lagi kitab itu... -..- betul2 cuti la ni kan...grrrr...


************


Hari ni 16 Jun 2012, adalah hari penentuan bagi rakyat Mesir. Pilihan Raya Ulangan bagi menentukan siapa yang layak bergelar President Mesir selepas revolusi 25 Jan 2011, menjatuhkan pimpinan Husni Mubarak tahun lepas. Adakah Ahmed Syafiq (pro Mubarak) atau Dr. Mohamed Mursi (Ikhwanul Muslimin) ??
sama2lah kita berdoa agar kemenangan berpihak pada Islam...

" jika ada dua di antara kalian 1 memperjuangkan Islam 1 lagi tidak maka pilihlah yang memperjuangkan Islam, dan jangan sekali2 menjadikan orang kuffar itu sebagai pemimpin "
pernah dengar kalam macam ni tapi tak ingat dari sumber mana...oh my bad!!

Umat Islam dilarang sama sekali meminta bantuan / pertolongan atau menjadikan mereka (kuffar) sebagai pemimpin kerana telah jelas mereka adalah musuh Islam.

firman Allah azza wajalla :
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang-orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan dari kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi alasan bagi Allah untuk menyiksamu?” - An-Nisa’:144.
“Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapatkan siksaan yang amat pedih. (Yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.” (An-Nisaa’ : 138-139)

* speechless bila tengok pic ni * -.-

Kemenangan tidak akan mungkin digantungkan dengan pertolongan dan berteman dengan orang-orang kafir, yang mereka sudah terang-terangan memusuhi kaum muslimin.


firman Allah azza wajalla :
“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk kepada Allah.Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah, itulah yang pasti menang”. (Al-Maidah : 55-56)

Bila satu persatu kemenangan berpihak pada Islam, semakin hampirlah masa nya...
Fikir-fikirkan dan selamat beramal...


***kamus arab - melayu :
intihabat : pilihanraya
istirahah : istirehat


p/s : amboi kau bedah seronok bebenor bercuti yeww...sampai kitab tak bersentuh...huh... -..-'


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...