jom ikut :

Wednesday, May 18, 2011

imtihan = ulat buku

بسم الله الرحمن الرحيم

syukur alhamdulillah masih di beri nafas untuk terus bernyawa...
alhamdulillah masih di beri keindahan nikmat IMAN & ISLAM...


sekarang dah masuk zon panik...
IMTIHAN = FINAL EXAM
semua orang akan menjadi ulat buku...
yeah...termasuk lah aku...
bangun2 je lepas subuh benda first yang akan terlintas...
'kitab aku'...'belum baca tajuk ni lagi'...'belum hafal lagi...'arghhh banyaknya nak kena hafal'
arghhh....arghhh....tension nya aku...

bangun kitab...makan kitab...nak tidur kitab...dalam mimpi pun kitab...
nasib baik masuk toilet tak boleh bawa kitab...
kalau tak comfirm angkut sekali...
time2 panik macam ni la kitab sentiasa di sisi walaupun bawa sahaja tidak membuka...
bak kata Mudir masa kat Maahad dulu "kalau nak pergi mana2 bawa lah kitab"
ustaz tak cakap macam tu...tapi pesanan dia lebih kurang macam tu la...
aku dah lupa ayat dia macam mana...ehehhh....

seriusly sekarang otak aku serabut....mana nak fikir quran nya...mana nak fikir madah syafawinya...mana nak fikir nota nya...hmmm...
apa2 pun kena susun smart2...tak boleh hard sangat nanti over stress susah pula...
langsung haru nanti...
insyAllah kullu khair...

kepada semua sahabat2 yang akan menduduki imtihan fasa ini...
SALAM IMTIHAN
BIT TAUFIQ WAN NAJAH
semoga di beri kelapangan dada dan kemudahan dalam imtihan ini
ALLAHUMA NAJIHNA FI HAZIHIL IMTIHAN...

doakan saya juga ye kawan2...





hati kecut : ...syafawi takhaluf 24 mei...betul ke ni???


Saturday, May 14, 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU,CIKGU!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

ekceli...join ni sesaje jek...oleh kerana hari guru dah dekat so...tiada salahnya jika aku nak join juga...sekurang2nya...aku dah ada entry untuk guru2 tersayang... \(^_^)/

syarat2 semua alhamdulillah sudah di penuhi...

tuan empunya contest en. imanshah...saya dah follow kamu...



...cikgu...teacher...ustaz...ustazah...sir...sensei...
satu nama yang amat sinonim dalam hidup kita...
tanpa tunjuk ajar ku sifu mereka aku tak rasa kita akan sampai ke tahap kita sekarang ini...


buat semua CIKGU,GURU,USTAZ,USTAZAH,SIR,TEACHER,DOKTOR,DOKTORAH yang pernah mendidik dan tidak pernah jemu mencurahkan selaut ilmu buat diri ini...walau kadang diri khilaf dalam kelakuan dan kata...tidak pernah sekali kalian doakan yang tidak2 untuk diri ini...kerana kesabaran,ketegasan dan semangat kalian aku sampai ketahap ini...tiada apa yang lebih bernilai dari ilmu yang telah kalian curahkan...dan tiada kejayaan yang lebih menggembirakan yang dapat ku balas atas pengorbanan dan jasa kalian...sekalung doa ku kirim agar kalian sentiasa di beri pelindungan dari NYA...semoga ilmu & kata2 yang kalian curahkan menjadi azimat buat diri dulu,kini dan selamanya...semoga Allah memberkati tiap ilmu yang telah kalian curahkan...saya sayang kalian...dan saya rindukan kata2 nasihat & semangat yang sering kalian tiupkan tat kala diri menjadi lemah dalam mengejar cita2...

buat arwah CIKGU,USTAZ,USTAZAH,SIR,DOKTOR,DOKTORAH ku yang telah kembali ke rahmatullah semoga roh kalian di tempatkan di kalangan para syuhada' ,solihin dan orang2 yang beriman...
AL-FATIHAH

TERIMA KASIH CIKGU!!!...
...SELAMAT HARI GURU BUAT GURU2 KU DAN GURU2 SEMALAYSIA...





...Tutur kata guru bagaikan azimat Sering mendidik jiwa yang lemah ini Ungkapan hikmahmu tinggi nilainya Dan menjadi bekalan kami di hari muka...



dari hati : ...rindu lak rasa masa jd KGSK 2 thn lps...




...up grade semangat yang hilang...

بسم الله الرحمن الرحيم

.....Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang....

lalalalalalala......
hamboi ko kemain lagi nyanyi2.....ngehehh...


alhamdulillah...
hari ni aku rasa macam dapat satu semangat yang baru...walaupun tak berapa nak semangat sangat la...ye la mana tak nya...2 3 18 menjak ni hati aku asyik sedih je...luar nampak je happy2 gelak2 senyum2...tapi hati DIA je yang tahu betapa down nya hati ni...lagi2 bila fikirkan exam semakin hampir...lagi la semangat hutan air laut terbang entah mana2 pun aku tak tahu...tak sempat nak tangkap...

bila call tadi siang...keriuahannya tak seperti sebelum2 ni...buatkan hati aku di suntik satu semangat baru...walaupun ada sikit lari...tapi so far ok la...dari yang lepas2...hehe...

benda tu aku tak nak fikir dulu buat masa ni...aku nak buang ke laut...biarlah ikan2 di laut yang makan...kalau boleh nak buang terus tapi tak boleh...sebab benda tu akan menjadi main point bila call...aduh...sakit kepala bila ku fikir...

arrghhh...aku sudah merapu...kerana hari sudah larut...esok pagi ade kelas pepagi...elak aku bangun lepas tu tidur balik tak jaga2 sudah...matilah aku...

so...aku kena tidur sekarang!!!bangun awal!!!...





permata hati : ...ku pohon restu mu ayah...ku pohon restu mu ibu...
untuk memulakan perjalanan ku ini...





Saturday, May 7, 2011

...ai...bee...you... IBU

بسم الله الرحمن الرحيم

"...ibu...ibu...
engkaulah ratu hatiku...
bila ku berduka...
engkau hiburkan selalu...
ibu...ibu...
engkaulah ratu hati ku.."

...ibu...ibu...


SELAMAT HARI IBU SEDUNIA
ESPECIALLY
BUAT IBU TERSAYANG


ibu...
walau dirimu jauh di mata
namun namamu tetap di hati
kata2 dan semangatmu
sentiasa mengalir dalam diri ini
doa buatmu sentiasa ku pohon
walau kini ku tahu
hati mu saat ini
namun tiada niat di hati kecil ini
untuk membelakangi mu
kata2 mu sentiasa bermain di fikiran
maafkan ku
tiada niat untuk itu
mungkinkah mentari itu kan bersinar kembali???

ibu...
terima kasih
segala jasa dan pengorbanan mu
teramat besar dan bermakna
buat ku
tak mampu untuk ku membalas
walau ku punya semua di dunia ini
kerana kasih dan sayangmu
tiada tandingan
tiada nilai untuk di bandingkan
kerana terlalu bernilai
sabar dan tabah mu
membesar dan mendidik ku
semoga Allah sentiasa mengiringi setiap langkah mu


"...ya Allah ya Tuhanku ampunkanlah dosa ku dan dosa kedua2 ibu bapa ku serta kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku sejak dari kecil lagi..."

kasih ibu membawa ke syurga...
kasih ayah sepanjang hayat...

...LOVE BOTH OF YOU SO MUCH...



sayu hati : ...rasa cam nk balik nak pelok2 nk cium tangan ayah ibu...




Thursday, May 5, 2011

bila rindu...

بسم الله الرحمن الرحيم


berkaca-kaca...
menahan kerinduan...
ya Allah...
kenapa hati ini terlalu merindui dia...
teramat rindu...
terasa sebak di dada...
ya Allah...
ampuni lah segala dosa2 ku...
ya Allah...
hindari aku dari rindu bukan pada yang hak...

rindu family di malaysia...

(-__-')




oh hati : ...ustaz kata kalau kita rindu kat org sedekahkan al-Fatihah utk nya...




Wednesday, May 4, 2011

resepi #1 ~ CREAM PUFF CUSTARD ~ nyummy

بسم الله الرحمن الرحيم

sihat korang???hope fully korang2 yang di luar sana sihat2 lah ye...
kalau tak sihat cepat2 lah pergi klinik...makan ubat...
haa???apa???demam rindu???
...sungguh ku tak maaaampu...menahan rindu...aahhh...ehhh....ohhh
amboi kau berdangdut lak eak...
oh...ok itu aku tak tahu apa obatnya...kerna aku bukanlah dokter chenta ya...
ngehehhhh...

wah...kau...kau tengok tu...kau tengoklah tu...seingat aku la sepanjang aku berbloging ni aku tak pernah lagi mengepost entry yang berbentuk resepi...sebab aku suka makan tak suka masak...bukan tak suka...sebab selalu kalau turn aku masak aku akan jadi pening bila fikir nak masak apa...itu dah makan semalam...tu minggu lepas...ni nak makan esok...haa...so seminggu sehari sebelum tu aku dah fikirkan...tapi last2 minit aku nya resepi akan bertukar sekelip mata...haha...baik tak payah fikir...ngehehhh...

hari tu aku ada cakap kat entry ni aku buat cream puff...pada mulanya dah terbantut nak buat tapi atas desakan jiran sebelah...
"...buat la...buat la..."
so semangat nak buat datang balik...haha...bajet betul nak buat pun kena ada semangat2...
eh....mesti la kalau tak mesti tak jadi...habis kalau dah buat main2...uhukk...

dah jom kita pergi buat dia!!!

~cream puff~

bahan2 :
100g tepung (di ayak)
60g mentega
120g air
2 biji telur

cara2 :
1. masak air dan mentega di atas api sehingga mendidih.
2. dah mendidih tutup api dan masukkan tepung cepat2 dan kacau sehingga sebati.
3. masak di atas api semula lebih kurang 10 - 15 minit.
4. tutup api masukkan telur cepat2 dan kacau sampai sebati.
5. masukkan dalam piping bag dan pipingkan di atas dulang yang telah di oleskan dengan marjerin.
6. masak dalam oven selama 15 minit dengan suhu 200c'.
7. kurangkan suhu kepada 180c' masak selama 25 minit.
8. biarkan sejuk.masukan custard.siap di hidang.

*oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200c'


~custard~ (inti dalam)

bahan2 :
2 sudu besar tepung custard
4 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 biji telur

cara2 :
1. gaulkan tepung custard,gula & 2@3 sudu susu segar.kacau sehingga tiada ketul2.
2. masukkan telur kacau hingga sebati.
4. masukan susu segar.dan masak atas api yang sederhana sehingga pekat.
5. siap dihidang bersama cream puff.

haa...senang je kau...aku punya la ingat dia ni susah sangat...rupa2nya...mudah sangat...sambil tidur pun boleh...haha...ok tipu...tu maknanya dalam mimpilah kan...oleh kerana semudah abc 3 round kau aku buat...hahahambek kau...orang tamak memang macam ni...

...jemput la...ambil sorang satu...jangan berebut...hehe

selamat mencuba...



senang hati : ...nak try apa pula ea lepas ni???...hmm


Monday, May 2, 2011

tips memujuk lelaki yang merajuk

بسم الله الرحمن الرحيم

mueheheheh...
...ape ke gilanya budak ni tersengih2 macam selipar koyak je...

dah baca tajuk kan???sebelum tu nak tanya la kan...
siapa yang tak pernah merajuk sila angkat tangan macam saya!!!
kerh kerh kerh...
hahaha...nampak beno nipunya...menkome ni...

ahaks...so tak kiralah lelaki ke perempuan ke 2 alam ke...
mesti pernah merajukkan...tak kisah la merajuk dengan pakweks ke makweks ke mak ke pak ke tak kisah la siapa sekali pun apa yang penting kerjasama korang mesti pernah...kan kan???eleh...macam la aku tak tahu...masa kecil2 dulu tu...kompom hentak2 kaki kan guling2 kat lopak bila ayah tak bagi korang beli mainan kan...haha...bajet dapatlahkan bila hentak2...guling2 bagai...takde maknanya...hahaha

ok...tips yang aku nak share ni bila LELAKI YANG MERAJUK... ulang sekali lagi LELAKI bukan 2 alam perempuan...okey...macam mana nak pujuk dorang ni???...korang ingat senang ke nak pujuk???memang senang pun biaq pi kat depa...nanti bila depa dah ok pandai la depa cari kita balik...tapi biasa la orang perempuan mana boleh tahan kalau tengok si dia tu muncung diam seribu bahasa kalah kita ni yang merajuk...lagi2 kalau yang hilang entah mana2 call tak berangkat...sms tak berbalas...tak tenang hati tu duk memikir...

ok2...jom...kita tengok tips2 di bawah ni :

ada 4 tips yang korang boleh gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang aku kongsikan di sini dapat membantu korang dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. :)

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.


haa...so macam mana???betulkan aku cakap...so,biarkanlah mana dia nak bawa hati tu...bagi dia ruang...nanti dah ok...dah reda...pandailah dia cari...tapi kalau 3 4 5 6 7 8 hari dia merajuk aku tak tahu la...lu fikirlah sendiri...hehe...

ok sekian sahaja khidmat masyarakat dari deary hearty...

...renung2kan dan selamat beramal...




geli hati : ...cute gak eak klo laki mrajuk...

Sunday, May 1, 2011

rumahku rumahmu jua...

بسم الله الرحمن الرحيم

30 april 2011
10.00pm (waktu mesir) = 4.00am(waktu m'sia)

terjaga ku dari lena yang sekejap mungkin...semangat membuak2 nak buat CREAM PUFF CUSTARD kembali terserap dalam jiwa dan raga tat kala melihatkan butagaz(dapur gas) yang baru...siap dengan oven sekali...wuuu...i like...

sedang aku bersemangat bertanyakan pada jiran sebelah bilik cik nana ...
"...camne ni nk idupkn..."
sambil aku dok usha2 dapur cantik lagi berkilat itu...
"....ntah la kak...aku pun tak taw..."
sahutnya dari dalam bilik...

tiba2...pintu rumahku diketuk...dengan malasnya aku melangkah ke pintu...hmmm...kacau je la(dlm hati la)...hehe
"...min???..."
"...eyah..."
"...ma3aki ragul???..."
"...la ah...ma3a mama..."

oh yeah...bila mama datang bertandang ini bermakana ada sesuatu yang ingin disampaikan...
"...dia nak ajo cara gune dapo kot na..."
"...ye la tu kak..."

dan mereka terus berlalu ke ruang dapur...seperti yang ku jangka...aku biarkan mereka berdua berlalu di iringi nana...aku hanya menghantar dengan lirikan mata sahaja...dan tiba2 berapa minit kemudian aku dikejutkan dengan jeritan suara nana dari dapur...
"...kak!!!!!...mama kata ugrah rumah kite LE650..."
huu...sentap hati mak nak...huuu mangaiiii...medadak sekali dia naik...

aku meluru ke dapur menyahut panggilan itu...kelihatan mama yang duduk di bangku kayu dengan senyuman paling manis mungkin...lalu dia menegur ku...
"...butagaz gamil???sakhan gamil???...muyah har???kullu2 gamil...bukrah wahid khamsah(1/5) sah???enti dafak LE650 kullu shahr..."
aku hanya menganguk dan tersenyum sahaja...

ya Allah dugaan apakah ini???

macam mana hendak ku sampaikan perkhabaran ini pada keluarga di malaysia...terutama sekali ayah...huuwaaa...tak sanggup...baru 2 hari lepas aku bergosip dengan ibu tentang kenaikan harga barang2 di sini...dan juga menyatakan kegusaran kemungkinan harga sewa rumah akan naik...dan kegusaran itu ternyata benar dan ternyata menghimpit aku dan housemate...

kalau nak baca lagi lanjut pergi la usha >>> bilik sebelah...

dalam hati : ...hmm nampaknya kena lebih berjimat la selepas ini...
& misi cream puff tetap di teruskan walau dalam kegusaran...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...