jom ikut :

Monday, May 2, 2011

tips memujuk lelaki yang merajuk

بسم الله الرحمن الرحيم

mueheheheh...
...ape ke gilanya budak ni tersengih2 macam selipar koyak je...

dah baca tajuk kan???sebelum tu nak tanya la kan...
siapa yang tak pernah merajuk sila angkat tangan macam saya!!!
kerh kerh kerh...
hahaha...nampak beno nipunya...menkome ni...

ahaks...so tak kiralah lelaki ke perempuan ke 2 alam ke...
mesti pernah merajukkan...tak kisah la merajuk dengan pakweks ke makweks ke mak ke pak ke tak kisah la siapa sekali pun apa yang penting kerjasama korang mesti pernah...kan kan???eleh...macam la aku tak tahu...masa kecil2 dulu tu...kompom hentak2 kaki kan guling2 kat lopak bila ayah tak bagi korang beli mainan kan...haha...bajet dapatlahkan bila hentak2...guling2 bagai...takde maknanya...hahaha

ok...tips yang aku nak share ni bila LELAKI YANG MERAJUK... ulang sekali lagi LELAKI bukan 2 alam perempuan...okey...macam mana nak pujuk dorang ni???...korang ingat senang ke nak pujuk???memang senang pun biaq pi kat depa...nanti bila depa dah ok pandai la depa cari kita balik...tapi biasa la orang perempuan mana boleh tahan kalau tengok si dia tu muncung diam seribu bahasa kalah kita ni yang merajuk...lagi2 kalau yang hilang entah mana2 call tak berangkat...sms tak berbalas...tak tenang hati tu duk memikir...

ok2...jom...kita tengok tips2 di bawah ni :

ada 4 tips yang korang boleh gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang aku kongsikan di sini dapat membantu korang dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. :)

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.


haa...so macam mana???betulkan aku cakap...so,biarkanlah mana dia nak bawa hati tu...bagi dia ruang...nanti dah ok...dah reda...pandailah dia cari...tapi kalau 3 4 5 6 7 8 hari dia merajuk aku tak tahu la...lu fikirlah sendiri...hehe...

ok sekian sahaja khidmat masyarakat dari deary hearty...

...renung2kan dan selamat beramal...




geli hati : ...cute gak eak klo laki mrajuk...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...