jom ikut :

Wednesday, July 15, 2009

SUMMER HOLIDAY

pemandangan matahari naik di ambil dari atas Bukit Tursina



Musim panas telah kembali. "Ya Allah,panasnya…rimas!" itulah kata-kata yang sering diungkapkan. Teringat musim sejuk "Ya Allah, sejuknya!". Itulah manusia, sering saja merungut, panas salah sejuk salah, bukan hendak bersyukur. Astaghfirullah al-‘azim, ya Allah aku bukan tidak bersyukur tapi tidak tahu bagaimana hendak melafazkannya. Ditelan mati emak diluah mati bapa, kerana mulut badan binasa.

Musim panas sinonim dengan musim cuti. Masa inilah semua sekolah & institut di Mesir akan bercuti. Tidak hairanlah jika pelajar-pelajar pengajian Islam & Perubatan akan membanjiri Lapangan Terbang Kaherah. Dan tidak hairanlah jika bagi kuliah pengajian Islam akan dibuka dari seawal bulan Oktober sehingga Januari (fasal 1), Mac hingga Jun (fasal 2). Bulan selebihnya "cuti-cuti mesir".

Dikesempatan itu jugalah ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke tanah air tercinta. Paling awal penerbangan, pertengahan bulan Jun dan akan kembali ke Mesir atau dikenali sebagai Bumi Anbiya’ atau Kiblat Ilmu, kebiasaannya selepas Aidilfitri, sekitar bulan OKtober dan November.

Bagi yang tidak pulang ke tanah air, inilah peluang untuk merebut atau mengaut segala ilmu luar kuliah yang ada di sini. Pelbagai kelas-kelas thaqafah dan program ilmuan yang diadakan oleh Dewan-dewan Perwakilan Mahasiwa/wi (DPM) bagi setiap cawangan, dan seluruh persatuan anak-anak negeri di Mesir. Tidak kurang juga program ilmuan secara besar-besaran anjuran PMRAM dengan kerjasama jemputan dari Malaysia seperti yang terbaru 11 Julai 2009,hari ini dengan kerjasama HPA Industries Sdn. Bhd.

Tidak kurang juga kelas-kelas persendirian bersama tenaga pengajar tempatan(Mesir) seperti kelas bahasa arab di markaz-markaz bahasa,talaqqi al-quran bersama Syeikh di Masjid al-Azhar, di rumah dan sebagainya.

Tidak kurang juga lawatan sambil belajar seperti kembara sufi ke tempat-tempat bersejarah. Seperti di musim sejuk kebiasaannya rehlah ke Sinai (Bukit Tursina), makam sekitar Kaherah, Giza dan sebagainya. Begitu juga di musim panas, rehlah ke Matroh & Siwa menjadi pilihan utama.

Terdapat pelbagai tempat-tempat bersejarah peninggalan nabi-nabi terdahulu seperti zaman nabi Musa A.S & Firaun. Dan setakat ini saya masih lagi belum berpeluang untuk menzirahi tempat-tempat tersebut melainkan makam sekitar Kaherah dan Giza.


masjid Al-Azhar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...