jom ikut :

Sunday, October 3, 2010

sabar itu indah...

بسم اللّه الرحمن الرحيم


alhamdulillah...pengajian untuk sesi 2010/11 telah pun bermula.aku harap sangat tahun ni aku boleh buat yang terbaik untuk diri aku dan family aku.yang paling mengembirakan aku harap sangat dapat bagi kejayaan aku pada ayah & ibu aku.

tak dapat nak bayangkan wajah ibu.masa aku call nak beritahu ibu aku hari tu.yang aku najah tahun ni.naik tahun 3.syukur sangat-sangat.tak sempat cakap air mata aku dah tumpah dulu.happy tak terkata.berkat kesabaran & doa ayah & ibu untuk aku yang jauh di perantauan.

alhamdulillah aku dikurniakan parents yang amat memahami sistem pengajian aku di sini.bukan mudah untuk naik dari satu tahun ke satu tahun.yang penting kena kuat dan redha dengan segala dugaan yang DIA berikan.yakin adanya hikmah di sebalik setiap kejadian dan yang paling penting bagi aku berlapang dada dalam menerima segala ujian itu adalah lebih baik dari merungut.tapi aku tahu sebagai hamba aku juga kadangkala tak lari dari sikap berputus asa.

tapi berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan seperjuangan lah yang telah menaikan semula semangat aku yang kian hilang saat itu.syukur sangat aku dikelilingi insan-insan yang amat memahami.

aku sayang mereka.aku hargai mereka.

dan aku hargai mata aku.kerana dia dah ngantuk.time to sleep.
nyte deary hearty...

tata...



kata hati : ingatlah orang-orang tersayang...

2 comments:

  1. salam kak..
    mabrouk...!!
    syukur alhamdulillah..
    semoga kejayaan terus mengiringi langkah anda...;)

    ReplyDelete
  2. aishah :

    wslm..hehe...
    alhmdulilah..syukran...amin...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...